Kelas ICT & E-learning

21 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

20 Julai 2024, Sabtu – Kelas ICT telah diadakan untuk memperkenalkan kepada pelajar mengenai Microsoft Word. Kelas dimulakan dengan pengenalan Microsoft Office dan jenis Ms Office iaitu Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Microsoft Excel. Seterusnya, pelajar mempelajari cara untuk menggunakan Microsoft Word dengan membuat Surat Rasmi.

Aktiviti E-learning Word Search bertajuk Online Safety juga telah diadakan semasa kelas tersebut. Pelajar didedahkan dengan perkataan yang berkaitan dengan Online Safety atau Keselamatan Internet dengan mencari perkataan tersembunyi di word search tersebut. Kelas diadakan bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Seramai dua orang pelajar sekolah yang menyertai kelas pada kali ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas